Pernahkah korang terfikir,

Mengapa lelaki curang?

Mungkinkah kerana wanita lain lebih lawa?

Ramai wanita menjawab,

“Nama lagi lelaki, memanglah curang! Tak boleh dipercayai!”

Namun, jawapan sebegini nyata tidak akan membuatkan wanita merasa tenang. Menyakitkan hati lagi ada.

Secara umum, semuanya bergantung pada individu.


Pada pendapat i,
lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka curang. Mereka tidak mempunyai alasan yang kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama mereka curang sebenarnya.


“Tapi mungkinkah kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”

If ever I yang curang, maybe I sendiri tidak tahu menjawabnya.

Kadang-kadang tu I sendiri nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang.

Pernah I dengar alasan,

“I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…tu yang I cari 'Baby’ lain!”

YES, memang diorang tahu apa yang diorang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulalah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka cipta :-

Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…

“Kalau u busy macam mana pun…tak apa, I tunggu.”
“U tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan kat luar je”
“I akan tetap cintakan u walaupun fizikal u berubah.”
“I suka u sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, u can talk about anything to me.”


Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“U selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“U tak pernah nak masak kat I, so I ‘makan’ kat luar lah”
“U dah gemuk…I nak yang slim jer.”
“Pakaian u terbukak macam mana pun…semangat I dah hilang kat u.”
“U cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Aiih…cepat gila berubahnya ya…
Hehehe…
Terkena kaum lelaki kali ni.
Tapi relax arrr…
Bukan I nak menyalahkan sesiapa cuma I sendiri curious and wondering,
Why do men cheat on women?!


Tidak ingatkah janji korang pada yang tersayang dulu?
Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati melukakan wanita?

Ada I bertanya pada seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada perkahwinan kedua, nama dia Tam.

“Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”

Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” I bertanya.

“Masa tengah gatal dulu, tak tau…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulalah nak menggatal cari yang ketiga!”

"Ai, Encik Tam ni biar betul!”

“Hehehe…gurau ja..tak larat dah aku pun.”

Jadi, kesimpulannya hari ini,..

You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika.
Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU juga akhirnya.

I guess that’s the answer!!…
LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulalah mencari yang lain.
Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!

Nasihat I kepada kaum lelaki :


Carilah wanita yang benar-benar you suka.
Sukakan segala-gala tentangnya.
Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personilitinya..
Senang cerita,..suka semualah.
Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…
Kalau boleh nampak bahagia…
Then I pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua.


Nasihat I kepada kaum wanita :

Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu.
Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan!
Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan.
Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula.
Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa.
Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…

Alright semua…so, apa pendapat anda pula?
Adakah cara-cara lain yang boleh anda fikirkan untuk dikongsi bersama?
Keluarkan apa yang anda rasa boleh membantu antara satu sama lain and let it out here.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS