RINDU ; MASA BERLALU

Sudah berbulan lamanya jari-jemari tidak menaip disini.
Terasa rindu masa dulu -- masa selalu dihabiskan untuk berkongsi.
Andai dapat diundur putaran masa....teringin rasanya aku untuk kembali ke zaman kanak-kanak.
Berlari penuh keriangan tanpa perlu memikirkan sebarang masalah.
Namun,
Usia banyak mengajar dan mendewasakan.
Kita tidak selamanya kecil.
Kini,
Semuanya telah berubah...
Dari anak kecil aku kini merupakan seorang penuntut sebuah ipt kerajaan.
Segalanya nyata berbeza.
Jika dahulu,
Aku boleh melakukan apa sahaja tanpa memikirkan baik buruknya dan menigkut emosi semata..
tapi,
tidak kini.
Segalanya perlu difikirkan berulang kali supaya tiada tindak tandukku yang membawa kemudaratan.
Ahhh...Dunia.
10 tahun dulu,
Aku selalu membayangkan yang menjadi seorang dewasa itu sangat membahagiakan...
Kini,
Aku tahu,
Menjadi seorang dewasa itu merupakan satu tanggungjawab.
Di bahu inilah letaknya,
segala-galanya...
Jika 10 tahun dulu,
Segala kesalahan yang aku lakukan boleh di maaafkan,
Tapi
kini..
Semuanya berubah.

Hanya satu yang aku takkan sesali...
malah aku bersyukur...
mempunyai masa lalu yang cukup membahagiakan.

Terima kasih ba, ma..

Kini...
Aku perlu meniti hari sebagai seorang yang lebih matang dan tidak terlalu bersikap keanak-anakan.

Kenangan dulu,
Akanku simpan rapi dalam kotak ingatan.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS