Ting. Ting. Ting.
Tadi waktu mandi,
Tiba-tiba teringat waktu sekolah rendah dulu.
Haha.
Memang sememang-memangnya aku sangat TAKUT cakap depan orang ramai.
I HATE PUBLIC SPEAKING!
hoho.
Waktu skolah rendah dulu,
Ada la dalam darjah 4 or 5 (dah xingat),
Masa tu minggu BAHASA MELAYU,
So, banyaklah pertandingan-pertandingan yang di'organize',
Nak diringkaskan cerita,
Ada sorang hamba Allah ni - sapa dia aku xtau (klu aku tau siaplah!)
Dia daftarkan aku dalam pertandingan cerita. Hampehh!
Ambik kau ANIS!
Nasib baek ada cikgu tu gitau aku.
Nak tarik diri mmg xleh.
Aku dahlah budak baek dulu (DULU SAHAJA!)
So, aku watlah persediaan.
Cerita - Si Kaya dan Si Miskin.
Memang masak arr nak menghafal sebuah cerita tu.
Tapi aku hafal gak,
Sampai la hari tue...
Dah tiba turn aku,
Aku nek atas pentas.
Waktu bagi salam tue okay ag.
Tengok2 mmbe2 aku dok depan sekali tersengih2.
Hampehh!
Aku pun 'pot pet pot pet' bercerita sampai abeh masa.
Waktu abeh dah masa terus aku sekian terima kasih..lari p belakang.
Rasa malu suma ada.
Then, aku dengaq Cikgu Huzlina (pengacara majlis) cakap;
" Kepada peserta-peserta yang laen jangan cakap laju macam keretapi ya."
Cehh! Aku cakap cepat sangat ka?
Malu!!!!
haha...sumpah aku xlupa perasaan malu tue! kena perli depan PUBLIC kott!
Aku cam malukan diri sendiri ja kan..
Anis...Anis...
Pastu masuk form1,
ada oral test kan?
haa!
lagi satu lupa nak gitau,
waktu form1 aku ada masalah JERAWAT yang SANGAT TEROK ok!
So, aku mmg xde langsung self-confidence.
Tapi, aku berjaya gak wat suma oral2 test nie walaupun DARAH GEMURUH nie.
Sebab, tu suma depan cikgu ngan kawan2 kelas yang aku dah kenal.
So, kira boleh la lagi nak cakap walaupun jantung berdetak laju cam nak tercabut.
Camne aku hilangkan darah gemuruh aku setelah sekian lama?
Waktu form4/form5 aku terlibat dalam satu kem - BTN (BIRO TATANEGARA)
Kat sini lah aku berjaya menghilangkan segala jenis darah gemuruh yang aku ada.
Hoho.
Yela kan, waktu perbentangan ada ka patut,
Ketua group aku waktu tu panggil nama aku pakai mic suh aku yang present,.
Ohh no!
Waktu tu ketaq toksah habaq (takyah gitau) la camna kan.
Memang tahap gabann laa.
Bederau gila darah aku.
Pegang ja mic.
Aku mula cakap.
Sora pun dengaq ketaq2.
Laju cam keretapi plak tue. (nak bagi cepat abes)
Pastu tetiba dtg satu perasaan...
Aku pandang setiap mata yang memandang aku. (haha!)
Then, dengan automatiknya.
Level self-confidence aku naik mendadak.
Acehh!
Dan sekarang,
Saya, Anis Afiqah binti A'sri dah boleh bercakap di hadapan orang ramai!
I love it!

Sekian,
Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS