Topik serius.
Hehe.
Kadang-kadang kita tak tau kita sedang memaksa seseorang.
Kadang-kadang orang pulak tak tau dia sedang memaksa kita.
Menyusahkan betul.

Kisah 1
Ada la sorang kawan Nyss nie, waktu putus cinta sedih sangat-sangat. Menangis semua bagai. Bukan Nyss tak bagi nak sedih-sedih ni. Tapi agak-agak la kan? Berbulan-bulan kau nak berendam air mata tu kenapa. Bukan dia ingat kat kau pun. Kau tau apa yang dia buat belakang kau? Macam-macam kan? Tu pun kau nak berharap kat dia lagi. Tak payahlah weyh. Tak rugi pun dia tak dak dalam hidup kau. Mungkin sekarang kau tak rasa, nanti kau jumpa yang lebih baik, baru kau akan berterima kasih kat aku. Percaya aku, kau pun tak nak perempuan macam tu jadi isteri kau, menantu mak kau, ibu kepada anak-anak kau.. Kau taknak semua tu. Tunggu je yang lebih baik. Tak guna kau nak paksa-paksa dia terima kau balik. Tak guna kau selalu call-call dia. Nanti dia pergunakan kau. Baru kau tau. Nak ambik, tak nak buang. Ish. Ish. Ish. Takpe, takpe, aku ade. Aku kawan kau kan? =)
Sekarang aku dengar citer, kau dah dapat girlfren baru. Happy bukan maen lagi. Kawen cepat-cepat! Jangan lupa jemput aku. Muka pun dah iras-iras. Orang tua-tua cakap muka sama nie ada jodoh, kan?

Kisah 2
Nie pun kisah seorang sahabat. Perempuan pulak. Hurm, seriously kau baik sangat dengan aku. Aku nak face-to-face dengan kau, aku tak sampai hati weyh. Rasa macam ayat-ayat aku nie kejam sangat la pulak. Ntah bila kau nak belek-belek blog aku nie. Aku nak tulis jugak, mana tau kau baca kan. Sorry la ae kalau aku bakal sakitkan hati kau. Aku tau kau suka dia. Sayang dia. Cinta dia. Tapi kan, aku tengok dia macam sudi tak sudi je layan kau. Kadang-kadang aku rasa dia macam nak gunakan kau. Dia tau kau suka dia. Dah suka, mesti kau akan buat apa saja untuk dia kan...Hurm, pastu dia suruh kau buat itu, ini. Dia macam bagi harapan kat kau. Tapi itu betul-betul harapan ka? Atau just satu harapan palsu? Dia kontrol hidup kau. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Lambat pick up call, dia marah-marah kau. Think negative pasal kau. Bagi kau dia baik. Soleh. Tapi lelaki macam tu mampu ke bimbing kau? Bagi aku, dia tak cukup baik untuk kau. Kadang-kadang bila aku depan mata kau, aku nie, member yang dah lama kau tak jumpa dok depan mata kau and dia call, kau jawab call dia, lama and biar aku termangu sorang-sorang. Nasib aku nie relaks. Selamba badak jela kan. Pastu kau badmood. Aku badmood jugak la. Kau tak payah lah tulis diari pasal dia. Aku rasa buang masa. Kau tak payah nak jadi baik sebab dia. Sebab kau memang dah baik pun. Stop buying gifts and presents for him. Baik bagi kat aku. Hehe. Ajal, Maut, Jodoh, Pertemuan tu takdir Allah. Semua dah tertulis kat luh mahfuz, kita tak perlu memaksa. Kan?

Kisah 3
Ini kisah biasa-biasa saja. Kisah kawan-kawan macam kita. Kalau ajak keluar sama-sama. Tak pernah mau. Ada saja alasan. Nak buat tulah. Nak buat nilah. Itulah. Inilah. Nak kata tak dak transport, kita sponsor nak p ambik pun dia tak mau. Ish. Ish. Ish. Nak kata jimat. Ajak p jalan-jalan pun tak mau. Nak kata introvert. Tak la sangat kot. Biasa-biasa ja. Nak kata ada masalah. Bila tanya kata tak dak apa-apa. Nak kata segan sebab tak kenal. Kita kawan dah lama. Makan tahun jugak la. Macam mana ni ha? Nak kata kau laki, aku perempuan. Dalam IC, aku perempuan, kau perempuan? Pening-pening. Mula-mula dulu touching jugak bila dia tak sudi keluar dengan kita. Lama-lama dah biasa, ajak sekali, tak mau sudah. Ngee!~ Orang dah taknak, dahlah kan. Takkan nak paksa, nanti dia terpaksa pulak.


p/s: terpaksa memaksa dipaksa.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS