Assalamualaikum.
Salam manis :)

Haa! Sekarang ni, Niss tengah amalkan minum green tea.
Green tea ni banyak khasiat tau! Sebelum tau khasiatnya. Jom baca dulu intro teh hijau nie :)

Teh hijau ni berasal dari negara China dan kemudiannya dibawa ke Jepun, lepas tu barulah tersebar luas ke seluruh dunia. Nama daun teh nie camellia sinensis. Amboi nama, ada class! haha. Teh hijau boleh di minum oleh semua golongan. Muda. Tua. Lelaki. Perempuan.
 
Nak tau apa lagi khasiat green tea? Jom!

KHASIAT TEH HIJAU (GREEN TEA).
  •  Rawatan kulit 
Kalau kulit korang luka, kena gigit serangga, melecet, mata bengkak (mata panda akibat tak cukup tidur. hehe!), bekas cacar or melecur, korang boleh try rendam kapas dalam teh hijau dan tekapkan kapas tu kat bahagian kulit yang berkenaan. (Jangan pulak sakit kat kaki, tempek kat dahi. ) Teh hijau ada bahan antiseptik semulajadi yang boleh hilangkan rasa gatal, lebam dll.2.

  • Lindungi kulit 
Teh hijau banyak digunakan dalam pelembab kulit sebab dapat membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang kembang & kecut pada kadar yang betul.

  • Pelindung memori
Teh hijau dapat menolong mengekalkan kecergasan memori & fungsi otak. Sebab? Sebabnya, kadar antioksidan yang ada dalamnya dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf otak.

  • Pencegah kanser
 Menurut satu kajian, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol tu apa? Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser.
  • Memanjangkan hayat
Yup, ini terbukti menurut kajian. Tapi, kita pun tau, ajal dan maut di tangan Tuhan kan :)

  • Menurunkan berat badan
Ni sebabnya kenapa ramai orang amalkan teh hijau. Teh hijau dapat mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat menunjukkan ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
  • Mencegah penyakit gigi
Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Masalah bau mulut pun dapat diatasi. (Tak perlu bawak dentyne kemana-mana lagi lepas nie. Kita minum teh hijau je la. )

  • Mencegah keracunan makanan
Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Kalau korang cirit-birit kan, minum teh hijau pekat. :)

  • Menurunkan tekanan darah
Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

  • Membantu mengawal paras gula darah
  • Menguatkan sistem imun. 
Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

  • Menurunkan aras kolesterol. 
Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

  • Merawat batuk
  • Mencegah penyakit Kardiovaskular (penyakit jantung dan penyumbat arteri).

  • Menghilangkan stress dan menolong mengendurkan saraf .
  • Kulit menjadi cantik, bersinat, rambut sehat, muda, bintik2 dan sebagainya.

  • Baik untuk mengubati dan mencegah Osteoporosis (penyakit tulang) dari kereputan dan patah. (Memang sesuai utk Niss, sebab Niss tak minum susu. hehe!)

Tapi apa-apa pun, teh tetap teh, teh hijau still ada kafein yang mana kalau ambil dalam dos berlebihan boleh menyebabkan insomnia, dll. So, limitnya paling banyak pun 3 kali je sehari. Jangan obses lebih sangat, kang jadi burung hantu la korang. 

Slot menyelit : Cik Anis dan teh hijaunya. :)




Nis minum Ahmad Green Tea. Rasanya sangat sedap dan menyegarkan.
Uolls try la :) 


p/s : sama-samalah kita menjaga kesihatan. hehe.

10 comments:

Kenari Putih said...

wah cik anis.. kak pon suka minum green tea.. teh hijau ni.. antara brand yang kak minum pon brand ahmad tea ni.. kak suka sebab boost my energy.. bertenaga la sampai beberapa jam.. minum sikit2 sampai habis 1 liter. kadang2 2 liter

Ms Haslina said...

as salam,

mak saya memang da lama suh minum green tea. mmg byk kebaikkan nya.
so ini baru start minum. tima kasih dgn info.

ooo cap ahmad ok yea. nanti cuba.

jamie said...

kenapalepas saya minum teh hijau brand BOH, saya alami pedih ulu hati?

zaitun @ kak tun said...

kat mana boleh dapat green tea ni anis?

zaitun @ kak tun said...

kat mana boleh dapat green tea ni anis?

Anonymous said...

minum ahmad tea gak..tapi takde apa2 efek pun..satu uncang teh + 2 liter air.. :p

Teh Hijau said...

zaitun @ kak tun , kalau nak beli secara online boleh order kat blog saya..harap tuan blog tak kisah saya datang promote dekat sini,hehe... [ Menjual Teh Hijau/Green Tea Ahmad Tea]

Zainanita Mohamad said...

Slm...klu saya nak beli teh ni mcm mana

Anonymous said...

kat tesco pun ada jual green tea.. mcm2 jenama ada

yayabanyakcakap.blogsport.com said...

mungkin sebab nak detox

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS