Assalamualaikum.
Salam manis. :)

Tajuk entry nie best tak?
Hehe...
Macam mana nak amalkan gaya hidup sihat? Bab makan-makan macam senang kan?  Boleh control, tapi bab exercise? Hohoho. Memang liat. Sapa liat nak buat senaman senyum nampak gigi!  So macam mana nie? Nak exercise, tapi malas. Ada cara  tak? Jom kita sama-sama kongsi. Kat bawah ni, Nis ada senaraikan beberapa cara untuk bersenam. Senaman ringkas. Untuk orang yang malas macam Nis. *Senaman untuk kite-kite aje. * Ehh, yang rajin bersenam pun boleh try. Yang bestnya, sambil online pun boleh bersenam. Jom usha cara-caranya!


1. Berdiri atas jari kaki/ tippy toes.
Kalau korang tak ada keja nak buat kan, dari dok relax² tak buat apa tu, apa kata orang try berdiri atas jari kaki korang. Berdiri atas jari kaki dalam beberapa saat, lepas tu turun kan balik. Ulang la banyak² kali sampai korang ada keja nak buat. Satu lagi, kalau korang tengah beratur panjang kat ATM or fastfood restaurant or kat mana² la kan. Korang boleh buat nie. *Sambil tekan mesin ATM tu pun korang boleh buat. Kalau korang terror la*. Hehe. Senaman nie dapat membentuk betis korang. 


2. Isometric bicep curls
Senaman ni boleh buat waktu berdiri atau duduk. Kalau berdiri lagi bagus la. Student², sambil tunggu cikgu masuk tu  try  buat senaman nie. Tak yah tunggu waktu PJ je. Mula², tangan kiri korang pegang pergelangan tangan kanan. Jangn pengang tangan orang lain. Pegang tangan sendiri okay. Lepas tu, korang tolak tarik tangan korang. Depan belakang. Depan belakang. Paham ker? Niss tak tau nak jelaskan macam mana. Buat² paham jela yerr. Takpe², next exercise.

 
3. Senaman perut
Yang ni memang simple. Kalau korang malas lagi tak tau la. Sambil menaip nie pun Niss buat. Baru nak try.  Kalau korang tengah tengok tv, baca buku sambil duduk, korang straight kan badan korang dan tahan perut korang ke dalam. Macam mana? Macam korang nak tunjuk perut korang tak buncit. Pernah buat tak? Mesti selalu kan? . Jangan lupa bernafas pulak. Buat la dalam 30 saat. Relax. Ulang lagi. Senaman ni dapat bentukkan perut korang sambil cantikkan postur badan korang. Lepas ni, korang² yang selalu online sambil meniarap, berbaring tu. Try online sambil duduk dan buat exercise nie k?

4.Senaman dada
Sebelum buat senaman nie, korang perlukan pemberat. Pastikan pemberat nie dalam 0.9 -1 kg. Janganlah ringan sangat. Jangan berat sangat pulak. Agak² la okay. Katakanlah korang ada 1 je pemberat kan. Korang pegang pemberat dengan tangan kanan, lepastu bawa tangan korang macam gambar kat atas. Jadi, siku kanan korang akan selari dengan bahu korang. Pertahankan posisi tu selama 20-30 saat. Lepas tu korang ganti la, guna tangan sebelah kiri pulak. Kalau korang ada 2 pemberat. Korang boleh buat sama macam gambar kat atas tu yer. Senaman ni untuk muscles bawah payudara korang. Senaman nie dapat buat payudara korang lebih mantap. :) Pemberat? Korang boleh isikan botol air dengan air/pasir.
 
 
5. Mencangkung di dinding / wall squat
 
 Caranya, belakang badan korang sandar kat dinding. Pastikan lurus la yer. Bahu dengan punggung selari. Buat macam duduk atas kerusi, cuma tak ada kerusi je. Lagi satu, pastikan lutut korang belakang jari kaki korang. Maksudnya, tapak kaki korang tu jangan ke dalam pulak. Tu posisi yang salah. Senang cita, korang tiru je macam gambar ni. Korang buat dalam masa 30 saat, pastu rehat kejap, buat lagi. Korang akan rasa sensasinya! Haha! No pain, no gain kan? Tak ada hal lah. Sambil buat ni, korang baca novel ke. Sambil online pun boleh. Korang boleh amalkan time gosok gigi! Kita kan gosok gigi tiap² hari! Jadi tiap² hari boleh buat.

p/s : ini jela yang dapat Nis kongsikan. Korang ada nak tambah?

1 comments:

!✿♥ Gangster Pinky !✿♥ said...

Hahaha !! Lenguh cik senahh oiiii duk ats kerusi palsu tu :) Sakit dennnn

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS