Toleh kanan, manusia.
Toleh kiri, manusia.
Depan, belakang, manusia.

Hidup ada pasang surut.
Hidup ada jatuh bangun.
Kata orang, hidup ibarat roda,
Kadang kita di atas,
Kadang kita di bawah.

Pernah satu ketika dulu,
Ketika aku berada di bangku sekolah,
Sewaktu mata pelajaran pendidikan seni,
Habis aku belek beg sekolahku,
Namun tidak aku temui pensel warna ku.

Haa, sudah!

Saat itu,
Mulutku ringan meminta pinjam dari seorang rakan yang baik denganku,
Malangnya,
Rakan itu menolak permintaanku.
Katanya, itu kepunyaannya.
Ibunya tidak benarkan dia berkongsi.

Aku kerut dahiku.
Perasaan ku berbaur.

Kemudian,
Datang beberapa orang rakan lagi,
Kali ini, menawarkan untuk sama-sama berkongsi.
Mungkin mereka terdengar perbualanku.

Aku tersenyum.
Terima kasih, Sahabat!

Hari berikutnya, si dia datang ingin meminjam sesuatu dariku.
Aku menolak atas sebab dia kedekut denganku sebelum ini.

Andai dapat aku undur masa,
Akan ku ubah fikiranku,
Aku akan beri apa yang dimintanya,
Kerana aku bukan dia.
Aku tidak kedekut sepertinya.

Semua ini akan sentiasa tersemat dalam memoriku.
Mungkin ada yang kata aku terlalu ambil hati tentang perkara remeh sebegini,
Aku ada pendapatku sendiri.

Manusia dilahirkan dengan akal.
Mampu membezakan baik dan buruk.
Andai si kedekut itu masih terlalu kecil untuk berfikir,
Tidakkah si pemberi pinjam itu juga seusia dengannya?

Kini,
Aku masih lagi kenal dengan manusia-manusia ini,
Rakan-rakan dan sahabatku.

Si bakhil masih lagi dengan kebakhilannya,
Si murah hati masih lagi dengan sifat murah hatinya.

Dan kini,
Sudah 9 tahun berlalu.

Masih tidak dapatkah dia berfikir?

Pernah aku dengar rungutan dari rakan-rakan lain,
Namun aku hanya tersenyum,
Kerana aku, sudah mengenalinya.

Sedikit kata dari aku,
" Tak kaya kalau kau bakhil dan tak miskin kami yang belanja kawan-kawan."

p/s : dah besarkan? boleh fikir sendiri kot.

2 comments:

AdinataGus said...

Haha ada benar nya statement last tu.

misz beauty said...

org bakhil ni idup tak ke mana. last sekali semua org tinggalkan dia. hihi

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS