Setelah menghitung, sudah 5 bulan rupanya blog ni kosong dari sebarang entri.
Mulanya sekadar untuk merehatkan diri,
Kemudian aku terus diam, mencari kematangan disebalik sifat keanak-anakan.
Oh ya, kematangan yang aku cari, belum lagi aku temui dan aku nekad untuk terus menyepi.
Bukan tidak rindu untuk menulis, tapi setiap kali jemari ingin menekan papan kekunci, fikiran tiba-tiba mati.
Hari demi hari, aku kian sibuk dengan aktiviti harianku.
Itu ini.
Pening dan runsing dengan ragam manusia sekeliling.
Resah dan gelisah dengan masalah yang melanda diri.
Teima kasih kepada sahabat,kawan,rakan dan taulan yang sentiasa berada disamping diri ini, tika aku susah dan senang. Ketawa dan berduka. Terima kasih. :)

Hingga bertemu lagi.

Salam.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS