Aku manusia biasa.
Aku rasa bukan aku sorang kot.
Kita semua manusia biasa.

Manusia...
Manusia tak lari dari noda.
Manusia tak lari dari melakukan dosa.

Jadi,
Jangan kau nak rasa kau baik sangat.
Sampai semua orang salah di mata kau.

Ada seorang kawan, kawan ker? Errr... Entahlah, aku pun tak tau nak kategorikan dia macam mana. Musuh? Aku hidup bukan untuk bermusuh. Sahabat? Nak gelar kawan pun aku mau tak mau. Sahabat? Tak kot. Hurmm. Masuk la kategori yang mana pun...Aku tak kisah. Dari awal aku tegaskan, aku manusia biasa. Jadi apa yang aku tulis ni, memang perasaan aku sebagai manusia biasa. Aku tak pandai berlakon. Aku tak pandai nak berlagak baik atau buat-buat baik. Aku baik dengan orang yang baik dengan aku. Untuk orang yang jahat dengan aku, aku biasa-biasa ja. Sebab apa? Kalau aku jahat dengan dia, kan aku dah sama dengan dia. So, apa beza aku dengan dia kalau sama-sama jahat? Okay-okay, dah cukup merepek sampai situ, sambung cita pasal 'kawan' tu. Senang nak cita, aku panggil dia 'ABC' la yer.

Si ABC nie pernah tegur seorang kawan depan kawan-kawan yang lain dengan nada yang agak kuat.
Situasi lebih kurang macam nie la :

Si mangsa teguran nie namanya 'EFG' baru masuk kelas masa tu. Dengan muka baru bangun tidur.

ABC : EFG! Kalau nak pakai seluar datang kelas boleh, tapi baju tu bagi bawah bontot.
EFG : Hurm. Dengan muka blurr berjalan ke belakang kelas.

Perghh! Kau tegur membe macam tu babe? Malu kot kawan! Kalau kau kena camtu aku rasa kau pun tau malu. Memang dia pakai baju tak labuh macam baju kau. Aku nampak. Kawan-kawan lain pun nampak. Babe, aku cakap kat kau. Kita Islam. Kita ada cara nak tegur orang. Kita ada adab menasihat dan menerima nasihat. Aku tak tau la apa perasan si EFG tu tapi muka aku dengan kawan-kawan lain dah kelat kot. Kau je yang tak perasan. Sini aku kongsi sket la yer.

Berdasarkan sebuah hadis :

عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ قِيلَ لَهُ أَلَا تَدْخُلُ عَلَى عُثْمَانَ فَتُكَلِّمَهُ فَقَالَ أَتَرَوْنَ أَنِّي لَا أُكَلِّمُهُ إِلَّا أُسْمِعُكُمْ وَاللَّهِ لَقَدْ كَلَّمْتُهُ فِيمَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مَا دُونَ أَنْ أَفْتَتِحَ أَمْرًا لَا أُحِبُّ أَنْ أَكُونَ أَوَّلَ مَنْ فَتَحَهُ
Daripada Usamah bin Zaid radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata – Seseorang berkata kepadanya, “Adakah engkau tidak menemui ‘Utsman dan menasihatinya?” Maka Usamah menjawab:
“Adakah engkau menganggap bahawa aku tidak menasihatinya melainkan aku perlu memperdengarkannya (memberitahu) kepadamu? Demi Allah, aku telah menasihatinya dengan empat mata (antara aku dengannya). Aku tidak akan membuka perkara (fitnah) di mana aku tidak menyukai sekiranya aku adalah orang pertama yang membukanya.” (riwayat  Imam Muslim)


Nasihat Imam Syafie

Dengan itu al-Imam al-Syafie menyatakan, “Tujukanlah kepadaku nasihatmu secara individu dan elakkanlah memberi nasihat kepadaku di dalam jemaah”
“Sesungguhnya memberi nasihat semasa di dalam jemaah adalah sejenis penghinaan, yang telingaku ini tidak mampu mendengarnya. Sekiranya kamu tidak dengar kataku maka jangan pelik sekiranya engkau tidak ditaat oleh aku”

Kau nak tegur agak-agak la. Kot ye pun kau rasa niat kau baik, aku gitau kau satu benda yang ustazah aku pernah cakap dulu - "NIAT TAK MENGHALALKAN CARA". Kau paham tak? Kalau kau tak paham aku dengan rela hati nak bagi kau paham nie. Kau pernah dengar cerita ROBIN HOOD? Kalau kau tak pernah, kau google je la. Aku nak cita sket je. Robin hood ni dia ada niat yang sangat baik, dia nak tolong orang-orang susah. Tapi cara dia salah babe, kau tau apa salah dia? Dia samun, curi harta orang laen pastu guna harta benda tu untuk tolong orang-orang susah.Tu la contoh senang untuk membuktikan "NIAT TAK MENGHALALKAN CARA".

Tu diaa...Panjang jugak aku berleter. Melepaskan ketidak puasan hati. Banyak lagi yang aku nak cerita pasal si ABC nie tapi buat masa ni cukup sampai sini kot. Tak ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Tipu la kalau seumur hidup, kita tak pernah buat dosa. Kita bukan maksum. Tolonglah jadikan akhlak dan peribadi Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup kita seharian. Aku pun bukanlah baik sangat, tapi sekurang-kurangnya aku mencuba. Biar perlahan, asalkan mencuba. Daripada duduk mencela tanpa melakukan apa-apa.

p/s : Jangan cepat melatah dengan kesalahan kuman di seberang laut, sedangkan bauan tahi gajah yang terpalit di kain sendiri tidak di endahkan.


 
Copyright CIK ANIS MANIS