haa!
cik Nyss memasak!
kasi kongsi sikit la ae.
memang Nyss tak suka yang complicated.
so, masak yang simple² je.
hari nie...
nie dia kek butter pelangi!


amacam?
kira okay la kan.
first try.
taste pun not bad la...(omputih cakap)

Resipi nie Nyss suka pakai cawan.
Malas nak timbang²,
dah gitau kan xsuka yang complicated.

KEK BUTTER PELANGI

Bahan² :
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh sebuk penaik (baking powder)
- 1/2 sudu teh sodium bikarbonat
- 1/2 cawan butter
- 1/2 gula biasa (gula kastor pun boleh)
- 1 sudu teh esen vanilla
- 1/2 cawan susu cair
- 2 biji telur (kira sikit la nie. selalunya orang pkai 6 biji)
- pewarna² (ikut suka - yg pasti WAJIB HALAL!)

Cara² :
1. Ayak tepung gandum bersama serbuk penaik & sodium bikarbonat.
2. Sambil² tu, panaskan oven dalam 170°C.
3. Pukul gula & butter sampai kembang.
4. Masukkan telur (satu per satu). Pukul sampai kembang.
5. Pastu masukkan bahan² yang diayak tu selang seli dengan susu cair.
6. Bahagikan ikut warna pewarna. (Nyss guna merah,hijau) - So, Nyss bahagikan kepada tiga bahagian - satu merah, satu hijau, satu original.
7. Tuang adunan ke dalam bekas pembakar (loyang) ikut suka la warna apa dulu pun.
8. Masukkan ke dalam oven dan biarkan sehingga 40 min. Kalau tak masak lagi, pandai² la adjust ae.

Senang je kan?
Hehe.

p/s: try la!

2 comments:

Gua Tertidur said...

bila nk bg gua rasa? nampak sedap..makan sedap tak? hehehehe

niss said...

gua nak rasa? jemput mai rumah.
boleh gagah la rasanya.

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS