Memilih insan terbaik untuk disayangi.


Pada suatu hari...

Seorang murid bertanya pada gurunya.

Ketika itu,guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang.

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana nak jaga kasih sayang itu supaya berkekalan?

Cikgu : 0k,kamu ikut apa yang saya suruh.Kamu pergi ke taman bunga, kamu berjalan sambil memilih bunga yg PALING CANTIK tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.Petik bunga yg PALING CANTIK,bawa ke kelas dan tunjukkan pada saya.

Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas,tiada satu pun bunga ditangannya.

Cikgu : Kenapa tiada bunga yang dibawa pulang?

Pelajar : Tadi masa saya berjalan, saya cari bunga yang PALING CANTIK. Memang ada banyak yg cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik,maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang. Tapi,bila sampai di penghujung taman, saya tak jmpa pun bunga yang paling cantik. Mungkin ada di antara yg di belakang saya tadi bunga yang paling cantik tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,jadi tiadalah bunga yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya! Itulah jawapannya.Maknanya apabila kita telah berjumpa dgn seseorang yang kita sayang,janganlah kita mencari yang lebih baik dari itu.Kita patut hargai orang yg berada di hadapan kita.

P/s: Pengajarannya --Janganlah kita mencari orang lain sekiranya kita telah disayangi dan setialah kepada si dia dan hargai si dia sebagai mana si dia menghargai kita.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS