awak lelaki
dan
saya perempuan.

kita kawan
kita rakan
kita sahabat
kita kekasih.

maafkan saya,
andai awak terasa dengan perlakuan saya.

kita moden
kita urban
tapi kita tetap ajnabi.

kita senyum
kita ketawa
kita melawak

tapi,
saya tak pernah sentuh awak

dan
saya mengelak bila awak hampir sentuh saya

awak boleh cakap
saya kuno
saya ketinggalan zaman
saya tak moden
saya tak urban

sebab
saya tak kisah

saya masih tahu batas pergaulan
saya masih sedar siapa saya
dan
saya tahu siapa awak

saya mengelak
kerana
saya belum lagi halal untuk awak

awak selalu kata,
perempuan lain okay je bila nak sentuh².

saya harap awak faham,
saya tak nak jadi macam perempuan² lain.

kadang-kadang,
kita keluar,
saya bawak teman
kawan-kawan saya,
adik-adik saya.

memang saya sengaja.
maafkan saya.

satu hari nanti awak akan faham,
bila awak ada anak perempuan utk dijaga dan dirisaukan

saya tak nak
andai kata kita dijodohkan nanti

awak dan saya tidak dapat merasa
nikmat sebenar menjalani hubungan yang halal.

biarlah bila kita bersentuhan nanti
tiada iblis dan syaitan yang tertawa gembira
kerana kita sebahagian dari kelompok yang berjaya dikuasai mereka

biarlah kita bersama atas izin Allah S.W.T.

saya tunggu saat itu.

saya harap awak faham.

maafkan saya sekali lagi.

p/s: sabar.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS