Nyss sekarang tengah cuti mid sem.
So, disebabkan tahun nie tak pegi holiday mana-mana.
Nyss pun meng'holiday'kan diri bersama kawan-kawan rapat zaman sekolah. (sekarang pun rapat lagi =))
Yesterday,Nyss spend time dengan Pyka and Cykin

Pyka n Nyss

Cykin n Nyss

First, kitorang bertiga g jalan-jalan kat Jitra Mall,
men bowling...
then, Pyka kena balik awal...
Nyss n Cykin pun hantar Pyka balik rumah...
pastu kitorang ber'wayang' dan 'test sora' kat CP (City Plaza).

Kitorang ber'wayang' citerrrrr.....

poster apa nie kanak-kanak?
SUATU MALAM KUBUR BERASAP!!! =D


Trailer :

SINOPSIS
 Suatu Malam Kubur Berasap:- Bertempat di ‘Kampung Angan Tak Sudah’, filem ‘Suatu Malam Kubur Berasap’ ini mengisahkan cerita tentang tiga sahabat kampung iaitu Atan, Bun, Pet dan seorang sahabat dari bandar yang baru dikenali iaitu Mie.Atan (Angah Raja Lawak) seorang yang lurus bendul, rajin, ringan tulang dan bekerja sebagai penggali kubur.Bun (Along Raja Lawak) seorang kutu rayau yang gemar merempit dengan motor kapcainya. Hampir setiap malam beliau akan mengacau gadis-gadis kilang yang baru pulang dari bekerja.Pet (Azrul Raja Lawak) merupakan pemandu lori ayam yang sering bekerja lewat malam. Beliau mempunyai suara yang sengau, suka berlagak dan bercakap besar terutamanya melibatkan perkara mistik dan hantu.Ketiga-tiga mereka sering diganggu oleh Jerdil dan Tocai, Geng Beduk, samseng kampung.Mie (Zac Diamond) seorang lelaki yang kacak dan segak dari Kuala Lumpur, mula rapat dengan ketiga-tiga sahabat ini selepas kereta beliau rosak di kampung. Beliau mempunyai tunang bernama Lola.Sejak kedatangan Mie, pelbagai peristiwa pelik dan menakutkan berlaku. Mereka juga berkenalan dengan seorang gadis bernama Siti yang menjemput mereka ke kenduri rumahnya. Atan tertarik dengan keayuan Siti dan mula mahu mengenalinya. Mereka berempat ini juga sering diganggu oleh Hantu Cempaka. Dari mana datangnya Hantu Cempaka? Mengapa Hantu Cempaka hanya menganggu mereka? 


KOMEN NYSS   
Nyss memang bukan expert la nak 'mengomen' karya orang nie kan. 

Nie cuma komen dr mulut Nyss yang tak berinsuran... =) 
Genre citer nie memang komedi seram...
So, wajar la kalau Nyss n Cykin gelak je...
tapi,...mana part seramnya?
cam tak de pun.
huhu.
budak 6 tahun sebelah kitorang tu pun dah tak bleh dok diam lepas setengah jam sebab boring,
haiiyya.
menghiburkan la sebab boleh gelak-gelak.
tapi macam tak sampai standard filem la.
tayang kat tv boleh la kot.
huh.
pedas ke komen nie? biase je kot.
ada sape-sape berasap?

Rasa rugi plak tak tengok SONGLAP sebab tengok cite nie.
Kononnya nak tengok citer seramm la kan.
Sekali macam Mr. Bean Holiday...ngee!~


p/s : filem nie ad sambungan okay! suatu malam kubur berasap 2...Nyss rasa Nyss nak download je. hehe.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS