Awak.
Saya tahu awak mesti datang belek-belek blog saya nie.
So, entry nie khas untuk awak.


Awak,
Maaf entry saya yang lepas buat awak sakit hati.
Awak cemburu ke?
Orang tua-tua cakap, cemburu tu tandanya sayang.
Awak sayang saya yer?


Awak,
Saya dengan dia,
Kisah lama.
Kisah silam.


Awak,
Kita masing-masing ada kisah silam kan?
Kisah yang mengajar kita untuk jadi lebih dewasa,
Lebih berani dari hari ke hari.
Kisah yang memberi kita 1001 kenangan dan semangat untuk berjuang untuk masa hadapan.


Awak,
Dia masa silam saya.
Masa yang tak mungkin kembali.
Tapi sekarang,
Saya ada awak.


Saya ada awak untuk temani saya menempuhi hari-hari mendatang.


Awak,
Saya tahu saya tak sempurna.
Saya tak secantik Caroline Costa,
Saya tak seputih Juno Temple,
Saya tak se'slim' Lisa Surihani,
Saya tak semanja Yana Samsudin,
Suara saya juga tak selembut Intan Ladyana.

Awak,
Yang saya tahu kini,
Saya untuk Awak.
dan
Awak untuk Saya.

0 comments:

Post a Comment

Sepatah dua kata...

 
Copyright CIK ANIS MANIS