Heyy!
Camna my blog new look?
Okay?
Ahakz! Kira okay lah kan.
Dah xpakai yg html version. (dah xda masa nak menyusahkan diri)

So,
Lepas selesai final exam nie...
Aku dok relax² je kat umah.
Nak keja pun xsempat.
Cuti sem pun 3 minggu ja kan.

Lately,
Memang aku jarang ber'SMS'...
Orang single...
Biasa la...(haha! akhirnya SINGLE juga.)
Setelah bertahun kan...

Nikmat gak hidup xber'couple' nie.
Tenang jiwa.
Lonely?
Kadang² tu rasa gak...
Tapi okay la kot.
Bukan masalah besar pon.

Buat masa nie.
Malas lagi nak pikir hal ber'couple' segala.
STOP sat kot.
Macam² ragam gak laki nie pon.
Tak semua...tapi kebanyakannya la. ;)

Okay...
Terlebih sudah...

Dah jarang ber'SMS'...
tetiba masuk pula SMS...
mestilah excited sket kan nak tau...
Sapa yang ingat kat aku tu...

Guess who?
My ex.
Haha...
Nie ex zaman menengah rendah dulu...
Waktu hingusan...
Dah contact balik...(facebook punya pasal la nie)
Sekarang aku ngan dia macam kawan ja...
Xdak feeling² macam dulu².

Let my ex = A.

SMS :

A : Hye Niss, bz?
Nyss : Xpun. y?
A : I pening dgn gf I nie.
Nyss : La. Apa yg i bleh buat. Dya pn I xkenal.
A : Dia xcm (x macam) u.
Nyss : Mmg la...Dya dya.. I, I la.
A : I rimas la dia selalu kong² I. xtau nak buat apa.
Nyss : Talk to her, hati pmpn nie lembut.
A : Jenis xmakan saman la Niss.
Nyss : Dah tu u nak i watpe?
A : Ntah.
Nyss : U tau. U xleh samakan pmpn dgn pmpn yang lain. Xde pmpn yg sama. Pmpn xsuka d bandingkan.
A : Hurm...

SMS tu panjang lagi...

Aku hanya nak tekankan...
AKU bukan DIA.
dan
DIA bukan AKU.

terimalah seadanya. sesungguhnya perempuan senang difahami dengan hati. =)

p/s : jangan bandingkan pmpn dgn pmpn laen.
Fuh...
Finally...
My second semester ended.

Betapa penatnya...
Melalui semester dua nie.
Itu Ini...
Macam² masalah dari kesenangan...

Yang frustnya...
I think I SPOILED my final paper.

Rasa-rasanya...
Tak merasa dekan dah kot sem nie.
Astaghfirullahalazim...

Entahlah...
Hanya boleh berdoa dan berharap...
Selepas penat berusaha sedaya upaya...

p/s: ouh, DL...don't go away please.
meniti hari...
menjalani waktu demi waktu...
detik demi detik...

pernah satu ketika,
aku buntu.
kehabisan idea.
kematian akal.

apalagi yang harus aku lakukan?
aku seorang kakak...
yang sedang berusaha...
membuat yang terbaik untukmu.

sedaya upaya...
ku cuba tonjolkan terbaik...
aku cuba...
dan masih mencuba...

segalanya aku lakukan...
agar kau...
kau...seorang adik...
akan mengetahui...
bahawa jika aku boleh,
kau juga boleh...
bahkan...
kau boleh melakukan lebih dari apa yang aku lakukan...

berkali-kali aku cuba...
dan jatuh...
namun aku masih mampu bangun kembali...

di saat aku putus asa dan tiada lagi berdaya..
aku tunduk, rebah ke bumi.

namun...
bila wajahmu muncul di bayangan...
aku sedar,
aku harus bangun lagi..

sedaya upaya aku mencuba...
menjadi yang terbaik...
menjadi contoh kepada mu...

ketahuilah kau...
yang aku seorang kakak...
masih belum sempurna...

andai kekasaranku...
andai kekhilafanku...
andai kata-kataku...
menyakiti hatimu...

aku,
seorang kakak...
tidak pernah sedikit pun terniat untuk melukakan mu...

sekasar manapun aku padamu...
sebesar manapun khilaf yang aku lakukan...
sepedih manapun kata-kata yang aku lontarkan...
maafkanlah aku...

aku tak pernah lupa,
kita membesar bersama,
kita bermain bersama,
kita makan dan tidur bersama....
hari demi hari kita lalui bersama...

kini,
kita...
masing-masing sudah dewasa...
mungkin aku,
seorang kakak...
lupa tentang itu.

andai caraku
melayanmu seperti kanak-kanak kecil
merimaskanmu...

maafkanlah aku...
kerana,
bagiku...
itu tanggungjawab aku...
melayan segala kerenahmu...

itulah yang aku lakukan...
dari kau kecil...
itu kebiasaanku...
tika kita bersama...

mungkin aku,
seorang kakak...
kau anggap tidak sepenting rakan-rakanmu...
bukan tempat luahan yang baik...
aku mengerti...
munkin kau rasa,..
aku tak akan memahami kau.

tapi,...
aku mahu kau tahu...
aku,
pernah memahamimu dulu.
dan
aku masih memahamimu...

andai satu saat nanti...
rakan-rakanmu pergi meninggalkanmu...

aku,
seorang kakak...
masih setia disini...
untuk mendengar segala luahan isi hatimu...

kau seorang adik...
dan
sampai bila-bila pun...
aku seorang kakak...

p/s: aku masih mencuba yang terbaik hanya untuk membuktikan bahawa jika aku boleh, kau juga boleh.

Hari nie.
Kau tanya aku.
Adakah aku mencintaimu?

Aku diam.
Tiada jawapan.
Tiada kata.

Kau tanya lagi.
Adakah aku mencintaimu?

Aku masih diam.
Masih membisu.
Tanpa suara.

Senyap sunyi keadaan tika itu.

Kau tunduk.
Lalu mengeluh.

Lantas,
Aku bersuara.

Jangan kau ragu dengan cintaku.
Bukan susah untukku mencintaimu.
Telah kutuluskan hatiku.
Menerima dirimu seadanya.

Jauh dari sudut hatiku,
Hanya ada kamu.

Hanya satu harapanku,
Kau tuluskan hatimu untuk mencintaiku.

Janganlah kau ragui cintaku lagi.
Kerana,
Bukan susah untukku mencintaimu...
Setelah hati ini kau tawan.

p/s : mencintai bukan susah.

--------AYAH--------♥


Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?


Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?


Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??


Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.


Saat kita sudah d percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..


Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..

Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..


Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..


Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..


Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayahpun tersenyum bahagia..


Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..


Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..

Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..


p/s : I LOVE♥ YOU,BA!

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.


p/s : hanya kerana wanita ini menCINTAimu.

I do sit alone sometimes.
To get out of the busy days...
To release my tension and avoid stress...
I love to laugh...
I do make myself laugh...
By imagine things, remember the silly things i've done.
And reading...

TONGUE TWISTER SENTENCES.

Haha!

You should try!

Try this tongue twister sentences :

1. Two Truckee truckers truculently truckling to have truck to truck two trucks of truck.

2. Betty bought a better Butter, but the butter was so bitter betty bought another butter to make the bitter buttter better.

3. The owner of the inside inn was inside his inside inn with his inside outside his inside inn.

4. While we were walking, we were watching window washers wash Washington's windows with warm washing water.

5. Sarah saw a shot-silk sash shop full of shot-silk sashes as the sunshine shone on the side of the shot-silk sash shop .

6. Peter Piper picked a peck of pickled peppers, if Peter Piper picked a peck of pickled peppers, wheres the peck of pickled peppers Peter Piper picked? .

7. I thought a thought. But the thought I thought wasn't the thought I thought I thought.

8. Silly Sally sings songs sweetly while sitting on the steaming sidewalk when the sizzling summer sun was shining.

9. Jolly juggling jesters jauntily juggled jingling jacks.

10. Kindly kittens knitting mittens keep kazooing in the king's kitchen.

p/s : it's fun. isn't it?
Hye kawan!
Post nie atas dasar pengalaman.
Aku tulis nie secara umum.
Kalau ada yang terasa,tercuit tu...
Biasalah, lumrah alam.
Tak semua benda dalam hidup ni menggembirakan.
Itu semua pengalaman.
Aku mungkin tak dapat puaskan hati semua orang.
Dengan itu,
Aku mohon kemaafan andai ada yang BAKAL terasa,tercuit dan tersentuh hati.
Bukan niat untuk mengutuk, mengata tetapi hanya untuk berkongsi.

Tiada yang sempurna.
Itu sudah pasti.
Kesempurnaan hanya milik Allah S.W.T.

Okay,
Agak panjang pendahuluan dan pembuka kata untuk post nie.

[Post ini akan menggunakan kata ganti nama diri - aku,kau]

Aku selalu tengok kau dengar lagu-lagu English.
Aku selalu tengok kau baca novel-novel English.
Aku selalu tengok kau tonton movie-movie English.

Dalam hati aku bermonolog,
Semangat betul kau nak belajar English.

Tapi,
Aku salah.

Kau cakap,
Lagu-lagu Melayu tak best.
Novel-novel Melayu tak style.
Cerita-cerita Melayu tak ada class.

Maafkan aku kawan,
Kau salah tentang tue.

Kenapa perlu kau banggakan bahasa asing?
Pernah kau kaji bahasa sendiri?

Bilakah Tanah Melayu dikenali seantero dunia?
Sewaktu BAHASA MELAYU digunakan sebagai bahasa utama.
BAHASA MELAYU tu jadi LINGUA FRANCA.
Sesapa yang dtg TANAH MELAYU, semua tahu BAHASA MELAYU.

Waktu tu,
Kita dah maju!
Di kenali.

Dan...
Aku percaya,
Tak ramai tok nenek kita waktu tu yang tahu...
LAGU-LAGU ENGLISH.
NOVEL-NOVEL ENGLISH.
MOVIE-MOVIE ENGLISH.

Ingat kawan,
Negara-negara yang maju kat dunia sekarang nie,
Negara yang menggunakan bahasa ibunda mereka.

Tak salah kalau kau nak belajar,
Tapi,
Tak perlulah sampai kau perlekehkan bahasa sendiri.

Aku cabar kau,
Tunjukkan aku,
Yang GRAMMAR kau sangat PERFECT.

Mustahil,
Sebab kita masih MELAYU.

Mustahil,
Sebab bahasa sendiri pun kau tak tahu,
Apatah lagi bahasa asing.

Maybe...
Maybe bahasa aku bukan sempurna.

Tapi,
Aku sedar siapa aku.
Masih belajar.

Dan
Aku sukakan BAHASA MELAYU.

Bagi aku,
BAHASA MELAYU ada nilai-nilai yang tinggi.
Dasar hormat tu sendiri terkandung dalam BAHASA MELAYU.

Cuba kau bandingkan ENGLISH dan MELAYU.
Biar aku tunjukkan kau mengapa BAHASA MELAYU dapat dibanggakan.

Situasi 1 : Di sekolah
Ali : Cikgu, boleh cikgu ajarkan saya soalan ni.
Cikgu : Boleh. Mari cikgu ajarkan kamu.

Situation 1 : At school
Janet :Miss, can you show me how to solve this question?
Teacher :Come here, let me show you.

Situasi 2 : Melalui telefon
Abu : Mak, boleh mak datang ambil Abu pukul 2?
Mak : Nanti mak datang yer.

Situation 2 : Via phone
Danny :Mom, can you come and pick me at 2pm?
Mom :Okay,I'll be there.

Situasi 3: Bersama rakan
Husin : Kau tengah buat apa tu?
Hasan : Aku tengah makan ni.

Situation 3 : With friends
Larry :What are you doing?
Janice :I'm eating.


Kau boleh nampak tak perbezaannya?
Bahasa Melayu dapat digunakan bersesuai dengan siapa kita bercakap.
Lain orang, lain lah gaya bahasanya.

Kalau English pula,
Dengan siapa pun kau bercakap,
Kau perlu ber-I -U.

Dan,
Sesungguhnya,
Aku masih janggal kalau nak SPEAKING dengan lecturer aku,
Sebab
kena ber-I -U.

Macam tak sesuai je.
Rasa hormat simpan dalam hati.
Tak terpancar kat kata-kata.
Tak feel.

p/s: macam mana pun aku, aku tetap MELAYU dan aku bangga.
awak lelaki
dan
saya perempuan.

kita kawan
kita rakan
kita sahabat
kita kekasih.

maafkan saya,
andai awak terasa dengan perlakuan saya.

kita moden
kita urban
tapi kita tetap ajnabi.

kita senyum
kita ketawa
kita melawak

tapi,
saya tak pernah sentuh awak

dan
saya mengelak bila awak hampir sentuh saya

awak boleh cakap
saya kuno
saya ketinggalan zaman
saya tak moden
saya tak urban

sebab
saya tak kisah

saya masih tahu batas pergaulan
saya masih sedar siapa saya
dan
saya tahu siapa awak

saya mengelak
kerana
saya belum lagi halal untuk awak

awak selalu kata,
perempuan lain okay je bila nak sentuh².

saya harap awak faham,
saya tak nak jadi macam perempuan² lain.

kadang-kadang,
kita keluar,
saya bawak teman
kawan-kawan saya,
adik-adik saya.

memang saya sengaja.
maafkan saya.

satu hari nanti awak akan faham,
bila awak ada anak perempuan utk dijaga dan dirisaukan

saya tak nak
andai kata kita dijodohkan nanti

awak dan saya tidak dapat merasa
nikmat sebenar menjalani hubungan yang halal.

biarlah bila kita bersentuhan nanti
tiada iblis dan syaitan yang tertawa gembira
kerana kita sebahagian dari kelompok yang berjaya dikuasai mereka

biarlah kita bersama atas izin Allah S.W.T.

saya tunggu saat itu.

saya harap awak faham.

maafkan saya sekali lagi.

p/s: sabar.
Just look at the difference...

2009

2011

I need to lose weight a.s.a.p...
I don't think I look good in this new size.

p/s: ouch! i'm giant!

terSENYUM.

di sebabkan keBORINGAN yang terAMAT sangat melanda...
Aku pun pi la belek² segala social networking yang aku ada...
xkira la yang oldschool or x...

Hehe...
Nak dijadikan cerita...
mmg banyak kenangan² lama muncul kembali...
tapi,
I can bear with it...

So...
To keep it simple...
Aku memang ada ramai ex-boyfriend [confession]...
Memang CINTA MONYET habisss la kan...

Tadi..
Memang hampir kesemuanya jadi friend aku kat fb.
Kecuali [Nuar-menyahut seruan Ilahi dan Amy-lost contact(really miss u)]
Aku xpernah perasan...
Haish...
Anis².

Agak touching la bila dok usha page² diorang kan...
Sebab diorang pernah hadir dalam hidup aku sbg insan yang istimewa walaupun seketika.
Tu citer dulu la kan..

Seriously,
Aku happy dapat tengok dyorang balik.
Da lama kan.
Zaman sekolah mmg zaman last la aku berCINTA MONYET nie.
Aku anggap nie sebagai pengalaman yang xpernah aku sesalkan.
Walaupun pahit atau manis.

Kebanyakannya,
Dah ada pengganti (macam aku jugak.)
Aku happy sangat tengok dyorang bahagia camtu...
Masing² dah matang sekarang...
Tak macam dulu...
Budak² hingusan...

So,
I wish u all happily ever after.
Just let our memories be memories.
Or
U can just let its fade with time.

You're the person I LOVE before,
and of course,
I will always pray for your happiness.

p/s : where are you AMY(Muhd Suhaimi Azizan)?
Friday.
11.19 pm.

I laid myself down on my bed.
Suddenly,
my tears keep running down my face.
It's just been a long time since my last cry.

It was unpredictable.
Without any reasons.

Then,
I knew.
There's one thing...
Deep inside me...
The thing I missed the most...
Easy to be called as...

"MEMORIES"
I hope I can turn back time...
To create a SUPERDUPER WONDERFUL SWEET memories once again.

When I was a young girl,
I always thought that - it's nice to be an adult(woman).
Now,
I get it...
It's not as nice as being an INNOCENT 5-y/o little girl.
To be called 'princess'.
To do things without thinking.

What a quite long journey I've been through...

Then...
It's just like a flashback...
All my life-time memories keep on spinning inside my head...

All my happy days.
All my sad days.
All my moody days.
and...
All my love stories.

What a life.
Then,
I close my eyes.
Trying to appreciate and be grateful for all the days...

And now,
I knew...
Without the memories...
I'm breakable - without courage and determination.

p/s : THANK YOU ALLAH S.W.T for giving me such days to remember.

Post ini di dedikasikan kepada adik aku-Anna!

Haa, Anna!
Aku xtau n xpaham gambaq BUNGA MACAM LOLIPOP yg hang nak.
Tapi,
Aku rasa gambaq² kat bawah nie ada iras² apa yang hang nak kot.
Pilih la noh!










p/s : ambik cepat² sket! aku nak delete entry nie.

Sekarang...
3.00 am...
Aku masih lagi tak dapat melelapkan mata...
Tadi...lebih kurang pukul 1.oo pagi...
Aku sempat ber-IM dengan Mr.KACAK...
Rindu u Mr.KACAK...

a few last meaningful word :


gudNYTE MR.KACAK. gudNYTE everybody. sweetDREAM.

p/s: bila da ngantok. tulis pn pendek².

Hye everybody!
Ingat lagi Mr.KACAK?
Entah mengapa sejak akhir² nie aku selalu teringatkan Mr.KACAK.

"Heyy Mr.KACAK, u dah 'manderam'kan i ae?"

Huhh.
I really hate to feel this feeling again - it's hard when you are in a relationship and you fall in love with someone else, isn't it?
To make this thing worst - i'm having a big crush on my best friend.

Sebenarnya,
Aku pun tak tau sejak bila aku SUKAkan Mr.KACAK.
Setahu aku,
Selama nie aku anggap dia sebagai kawan je. - kawan yang sangat BAIK.
Kawan susah senang.
Time aku senang dia jarang ada TAPI bila time aku susah memang dia SENTIASA ada.
Ouh,MR.Kacak.

I'm trying so hard to ger rid of this feeling.
Unluckily, i'm not that lucky person who can get rid of something easily.
Each time I try, it just don't make any sense.

Each time I heard his voice,
Each time his pictures across my view,
Each time he is in my mind,
My heart pops.

Huh.
It's weird!
I hate this.

He is my best friend!
There is no such way me and him can be together.

Uhh.
Mr. Kacak.

p/s : Please, help me get rid of this feeling.
Pulanglah Awi Rafael!!!
Ahakz!
Nie lagu yang aku layan buat masa nie.
Catchy...the way i like it...
So...enjoy it...





Bukalah mata dan lihat di hadapanmu
Aku berdiri dekat tapi kau tak nampak
Hodohkah aku ‘tuk sering kau campak saja
Apanya yang dia ada yang aku tak ada

Bridge:
Mungkinkah aku yang tidak sekaya
Mungkinkah aku yang tidak bergaya
Haruskah aku pun tetap menantikan mu
Berikan jawapan

Korus: (2x)
Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu
(Aku dah bingung)

Aku berjalan di kota Kuala Lumpur
Semuanya nampak berbeza tapi ku sama

Ulang Bridge & Korus
*Gitar Solo
Ulang Bridge

Runaway…
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday
Aku tak ingin, tak perlu

Ulang Korus


Pics : AWI RAFAEL.










p/s : <3
hye semua...
this is just a simple entry to express my feeling...

Seriously,
I'm in a relationship...
Everything run smoothly...

However,
Now,
I'm having a crush on someone.

He is my MR.KACAK.

p/s: i'm confused.
Pada suatu malam...
Aku dan adek aku -Dyha...


sembang² sebelum nak tido...
tetiba...

Deq Dyha : Aneh, "magazain"(cara deq dyha sebut) tu apa?
Aku : Hah! Maher Zain?
Deq Dyha : "Magazain" la!
Aku : Adek beradik Maher Zain ka? (ingatkan dia tengah baca tentang hiburan)
Deq Dyha : Betoi² la Aneh. Adek tanya ni.
Aku : Apa dia adeq dok merepek nie ha?
Deq Dyha :"Magazain" la! Nie ha...(sambil tunjukkan ejaan kat buku tu.)


"MAGAZINE"

Aku : Hahahahahahaha! Magazine la adek! Majalah. Apa yang Maher Zainnya?
Deq Dyha : Bila adek cakap Maher Zain? Aneh yang cakap!
Aku : Apa terok sangat PRONUNCIATION hang nie deq oi!
Deq Dyha : Aneh la tamau ajar adek!
Aku : Aku jugak yang salah.

Bila teringat balek,
Mesti aku gelak dan tersengih² sorang².

Ada ka patut :

Magazine = Maher Zain



p/s : adeq²! lawak ouh!
 
Copyright CIK ANIS MANIS